Tuesday, April 23, 2019

HOW BABY LEARN BHG 2


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,  







Cara kedua anakkita belajar – Opposite ( melalui bertentangan )

Semasa anakkita berumur 1 ½ tahun hingga 3 tahun anakkita akan belajar dunia persekitaran mereka dengan menggunakan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki  (EXPLORING SENSES OF TOUCH )
Ini kerana anggota badan anakkita sekarang mempunyai  NERVE CELL yang amat sensitive dan peka kepadaDERIA SENTUH .Dalam usia ini anakkita sangat aktif seperti berjalan , berlari , mengusik dan juga merosakkan benda di sekeliling mereka ,kerana waktu ini anakkita belajar apa reaksi dan respon sesuatu benda itu kepada mereka melalui  sentuhan tangan dan kaki.Masa ini anakkita sudah mula bercakap dengan kita menggunakan bahasa mereka sendiri
( children language – Cuma ibubapa sahaja yang faham )







INGAT,

Pada usia ini 1 ½ tahun hingga 3 tahun anakkita akan menggunakan cara bertentangan ( opposites ) untuk belajar dalam hidup mereka kerana ini adalah peringkat kedua pelajaran anakkita semasa membesar dan masa ini juga adalah sangat penting untuk Ibubapa mengajar anak mereka kerana mereka cepat belajar dan boleh ingat lama.







MINI DATA,

Ramai ibubapa mengeluh atau kurang senang untuk mengajar anak mereka pada usia ini kerana Ibubapa berkata anak mereka sangat aktif dan tidak boleh duduk diam atau memberi  tumpuan walaupun hanya 2 minit.Ibubapa merasa anak mereka macam MONSTER dan berkeupayaan menaikkan darah kita sampai kepala.







INGAT,

Bila anakkita aktif mereka cepat belajar jika kita mengajar mereka, kerana pada usia ini perkembangan sel sel otak anakkita cukup aktif untuk belajar seperti  Iklan  
MILO – PLAY MORE LEARN MORE kerana bila anakkita aktif otak mereka cerdas.







DO YOU KNOW,?

Dalam usia ini anakkita mempunyai 2 kelemahan pada diri mereka dan 2 kelemaham ini adalah 2 senjata kita untuk mengajar mereka dengan senang dan cepat tanpa kita naik angin satu badan.






Kelemahan yang pertama anakkita adalah EGO

EGO anakkita sekarang sangat tinggi dan boleh sampai ke langit contoh, cuba tanya anakkita yang berumur 2 tahun boleh tak tolong Ibu ?anakkita akan terus menganguk bersetuju untuk menolong kita ,walaupun mereka tidak tahu apa pertolongan yang kita mahu daripada anakkita.
  

Senjata kita yang pertama – EGO anakkita

kelemahan anakkita yang pertama iaitu Ego di mana kita boleh menggunakan sebagai salah satu cara untuk mengajar anakkita contohnya  kita mengambil buku yang bergambar seperti  gambar binatang, gambar buah buahan , gambar perabut dalam rumah di mana anakkita selalu melihat di rumah , di tv ataupun di pasaraya dan kita tanya kepada anakkita boleh tak dia tolong ajar kita seperti ” Ibu ada satu  buku tentang perabut ,kawan Ibu yang bagi tetapi Ibu tak pandai boleh tak adik tolong Ibu namakan perabut dalam buku ini, selalunya 95 % anakkita akan menjawab dengan betul dan ini akan membuatkan mereka suka dan berminat untuk mengulang lagi kerana buat pertama kali dalam sejarah hidup anakkita ,anakkita yang mengajar kita. Kerana selama 2 tahun kita mengarah mereka untuk belajar sesuatu tetapi sekarang anakkita belajar sesuatu daripada kita dengan senang tanpa kita naik angin satu badan. For a change biarlah anakkita yang mengajar kita sometimes we learn a lot from them.





INGAT,

Apabila kita meminta sesuatu pertolongan daripada anakkita selalunya mereka akan menolong kita dengan hati yang ikhlas dan ini adalah senjata kita yang pertama untuk mendapatkan perhatian mereka dengan kerelaan mereka sendiri tanpa paksaan.






Kelemahan yang kedua anakkita – Kebanggaan ( Pride )

Apabila anakkita mengajar kita dan kita mengucap terima kasih atau kita puji mereka sebab mereka
pandai, ini secara tidak langsung membuatkan anakkita bangga dengan kebolehan mereka dan mereka ingin selalu untuk menolong ajar kita untuk mendapatkan lagi pujian.


 Senjata kita yang kedua – Kebanggaan anakkita

Setiap kali kita meminta pertolongan mereka seperti membaca  buku atau mengambil sesuatu barang kita harus selalu puji mereka dengan kata-kata seperti  terima kasih atau pandainya anak Ibu .Apabila kita selalu puji  mereka anakkita akan selalu membuatnya dengan ikhlas 

Remember :  The more we praise them ,The more they will please us






DO YOU KNOW,?

50 % perkembangan minda anakkita adalah pada 4 tahun yang pertama di mana mereka belajar ILMU , MORAL , DAN KEMAHIRAN daripada kita di rumah sebelum kesekolah.







Try This ,

Cuba ambil buku abjad A hingga Z ( di mana anakkita selalu melihat dari dvd ) 
katakan kepada anakkita yang berumur 3 tahun “ Ibu ada buku yang cantik dan Ibu nak baca adik jangan kacau ya “ so apa yang anakkita akan lakukan dia akan datang dekat kita untuk mendengar buku apa yang kita hendak baca. Apabila  kita membaca buku A hingga Z dengan menunjukkan jari  kita pada setiap abjad dan kita tiba-tiba berhenti di abjad D dan kita buat seperti kita tidak mengenal  abjad ini dengan cepat anakkita akan menjawab Ibu itu “D

( anakkita mengenal abjad ini melalui dvd pelajaran di mana mereka selalu 
melihatnya ).

Apabila anakkita menyebut perkataan itu kita tutup buku tersebut sambil melihat muka anakkita dan berkata terima kasih Ibu bangga kerana adik pandai.Selepas kita berkata demikian anakkita akan bersenyum lebar dan bangga dengan kebolehan mereka kerana ini adalah hari yang paling penting bagi anakkita kerana hari ini anakkita yang mengajar kita.Dan ini adalah senjata kita yang ke dua untuk mengajar anakkita dengan senang tanpa paksaan.








INGAT,

Jangan kita mengarah anakkita semasa mengajar kerana ia akan membuatkan mereka terpaksa belajar bukan ingin belajar.Dan ia akan menjadi seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri .
Dengan cara ini bukan saja kita dapat mengajar anakkita dengan hati dan minda yang tenang malah kita merapatkan silatulrahim kita.

BUKANKAH ITU YANG KITA MAHU?
Jangan kita sebagai ibubapa paksa anakkita untuk belajar kerana anakkita belajar dunia persekitaran mereka dengan cara dan masa mereka sendiri.







INGAT,

setiap kali kita menyuruh atau mengarah anakkita untuk membuat sesuatu perkara tanpa kerelaan mereka sendiri selalunya mereka tidak akan melakukannya.

REMEMBER  – Monkey See Monkey Do
1.            Bila kita cakap jangan pergi  ,anakkita akan pergi
2.            Bila kita cakap jangan buat , anakkita akan buat
3.            Bila kita cakap jangan sentuh , anakkita akan sentuh

Kesimpulannya apabila kita selalu berkata TIDAK anakkita akan selalu mendengar YA , cara inilah anakkita belajar pada usia ini iaitu melalui bertentangan 
( opposites ) dan cara ini sangat bagus kepada Ibubapa sebagai  salah satu cara untuk mengajar anakkita.Cara ini di namakan REVERSE PSYCHOLOGY  kerana pada usia ini 1 ½ tahun  hingga 3 tahun anakkita akan belajar untuk BERCAKAP,MEMBACA GAMBAR , DAN MENGENAL OBJEK DI SEKELILING MEREKA DARIPADA KITA.
LET THEM EXPLORE THE WORLD AROUND THEM BY THEIR OWN .







THOUGHTS FOR THE WEEK

What we earn whether in monetary value or a respect from honest and sincere effort
 it is as noble as a mother feeding breast milk for the first time to quench her newborn hunger.
 Remember,
Allah always bless those who are honest and sincere with abundance of rewards



untuk dapatkan semua produk As Legacy Malaysia boleh direct DM linda di talian
016-6363225 


BIZZI BODDY
BIZZI FLUSH
BIZZI CONTOUR CREAM
PUCUK HARUMNITA
GENTEL HARUMNITA
HARUMNITA WASH
MANDIAN BIDARA AURA 7 HERBA
SABUN JAMSHIR
LOSYEN DAUN BIDARA
CREAM ECZEMA



No comments:

Post a Comment