Tuesday, February 26, 2019

WAKTU MAKAN YANG BETUL

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Kami harap tip tip yang kami berikan di sini sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan harian anda.Terima kasih.





Ramai yang memberitahu isteri saya bahawa beliau untung dapat suami macam saya ini kerana saya pandai masak  dan pandai jaga anak.Sebenarnya semua orang tahu memasak cuma minat dan kesungguhan yang membuatkan seseorang itu pandai memasak semua jenis makanan malah bukan sahaja dalam masakkan tetapi dalam kerjaya kita juga jika kita bersungguh sungguh.

Minat saya dalam masakkan sebenarnya bermula pada usia 10 tahun bukan kerana saya berminat tetapi terpaksa memasak kerana ibu saya pada masa itu bermula berkerja dan saya sebagai anak sulung daripada 8 orang adik beradik terpaksa pikul tanggungjawabnya walaupun saya tidak menyukai pada masa itu,maklumlah kawan kawan saya pada usia itu bermain guli,terjun sungai,memancing dan bermain bola TETAPI saya menghadap dapur dengan batang paip untuk tiup kayu api supaya apinya marak untuk memasak dengan cepat kerana dulu kita orang susah.

Pada masa itu saya hanya tahu memasak nasi,telur goreng dan sayur sahaja,Lama kelamaan selepas mendapat tunjuk ajar daripada ibu ayah,nenek dan jiran barulah saya belajar memasak kari,lemak cili api dan lain lain lagi,saya belajar memasak masakkan India selatan daripada nenek saya yang berasal dari Pondicherry, India dan saya belajar masakkan briyani ayam dan kambing daripada ayah saya dan masakkan melayu dan cina daripada jiran saya.

Pada tahun 1999 semasa lawatan berkerja di Perth, Australia barulah saya berkenalan dengan isteri saya ( Di pendekkan cerita  mungkin lain kali saya akan ceritakannya ) kerana pertemuan kami sebenarnya bermula di meja makan dan disebabkan  ayam goreng.

Kami berkahwin selepas 6 tahun kami berkawan dan hampir 5 tahun kami tidak mempunyai rezeki untuk mendapat anak, ini kerana kami berdua berkerja dalam satu syarikat yang sama tetapi jabatan yang berlainan dan sering berkerja luar kawasan sehingga keluarga kami risau terutama sekali emak mertua kerana emak teringin sangat nak tahu anak kami berwarna apa biasalah kami ini ( satu hitam satu putih ) nasib baik anak kami semuanya jadi TEH SUSU ( macam bollywood ) bukan macam kopi susu ataupun kuda belang.... ALHAMDULLILLAH.

Apabila kami mendapat tahu pada tahun 2007 dimana kami bakal akan menjadi Ibubapa pada tahun 2008 kami buat keputusan untuk berhenti kerja sebenarnya isteri saya yang berhenti kerja dahulu tetapi di sebabkan saya berkerja dalam bidang buku kanak kanak dan terlalu inginkan anak, Saya pun berhenti kerja juga sampai my mother in law berkata saya ini SENTENG dalam bahasa Jawa yang bermaksud  gila sebab yang mengandung isteri engkau bukan kamu.......

Saiz badan kami sebenarnya sederhana sahaja tetapi selepas mendapat anak dan beberapa tahun kemudian berat badan kami mula bertambah kerana kami kerap makan di luar dan jarang memasak di rumah. Kami mula sedar bahawa jika kami tidak mengambil tindakkan mulai sekarang akibatnya esok nanti kami akan mnyesal,Ini kerana usia kami sudah menjangkau  40an dan anak kami masih kecil lagi malah banyak penyakit penyakit suka datang pada usia ini. Dan jika kita abaikan maka kesihatan kita akan terjejas.


Kami mula belajar mengamalkan  permakanan yang betul dan mula memasak dirumah masakkan masakkan yang kurang MINYAK,MASIN,MANIS,MASAM,PEDAS serta juga mengambil food supplement yang boleh menurunkan berat badan kami supaya kesihatan kami tidak terjejas.







PEMAKANAN YANG BETUL MENGIKUT WAKTU 





1. SARAPAN PAGI

    - Waktu yang paling sesuai untuk sarapan pagi adalah dari 6.30 am hingga 8.00 am
    - Sarapan pagi adalah makanan yang paling penting untuk kita kerana ia memberikan kita     tenaga untuk memulakan kehidupan harian kita dengan cergas dan bertenaga.
    - Sarapan yang baik adalah seperti telur,susu,roti,bijiran,air buah buahan,ayam,nasi bubur .
    - Seeloknya satu hidangan yang penuh.( full plate )





2.  MAKAN TENGAHARI

     - Waktu yang paling sesuai untuk makan tengahari adalah dari 12.00 noon  hingga 1.00 pm.
     - Makan tengahari yang baik adalah seperti buah buahan, sayur sayuran  ,ikan,ayam,daging,nasi,mee
     - Seeloknya hidangan yang separuh ( half plate)





3.  MAKAN MALAM

     - Waktu yang paling sesuai untuk makan malam adalah dari 6.30 pm hingga 7.30 pm.
     - Makanan malam yang baik adalah seperti salad,roti,mee hoon,tosai,capati,bubur.
     - Minum segelas air sebelum tidur seperti milo,susu atau air mineral.
     - Seeloknya hidangan yang suku ( quarter plate )






INGAT 

Selepas makan malam kita hanya boleh tidur selepas 3 jam ini kerana perut kita akan mengeluarkan asid untuk penghadaman jika kita makan terlalu banyak atau tidak mengikut waktu maka makanan yang lebih di hadamkan akan menjadi lemak dan kolesterol ini kerana walaupun semasa kita tidur badan kita sebenarnya membakar lemak dengan kadar perlahan secara tidak langsung kita juga dapat penurunan berat badan jika kita amalkan pemakanan yang betul dan mengikut waktunya.


Selamat mencuba dan marilah kita sama sama mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat dan bagi pembaca yang bersaiz besar yang ingin menurunkan berat badan ideal anda. SILA DAPATKAN FOOD SUPPLEMENT YANG SESUAI UNTUK MENGAWAL NAFSU MAKAN KITA SERTA DAPAT MEMBUANG LEMAK BERLEBIHAN DENGAN MUDAH DAN CEPAT.




Jika anda rasa blog ini memberi sedikit sebanyak kesedaran mahupun keseronokkan untuk membaca sila viralkan kepada kawan kawan  dan saudara mara yang memerlukan teguran untuk mengubah hidup mereka.

Minggu depan kami akan memberi tip tip parenting bagi Ibubapa yang ingin membina potensi anakkita.



NEXT UPDATE 28TH FEB 2019

       



No comments:

Post a Comment