Thursday, February 21, 2019

PEMAKANAN YANG BETUL

Assalamualaikum..dan Salam sejahtera.

kepada semua pembaca blog kami sepertimana yang anda tahu bahawa pemakanan yang teratur dan sihat adalah baik untuk kita semua dan kita selalu lupa dan abaikan tentang kebaikkannya.Pemakanan yang betul boleh memberikan kita kesihatan yang sihat dan tenaga untuk jangka masa yang panjang tetapi jika kita terlalu mengikut nafsu makan kita tanpa mengambil kira pantang larang maka ia akan memudaratkan kita di hari tua nanti.





 PLEASE NOTE :

kami sebenarnya bukan pakar pemakanan ataupun doktor namun kami mengamalkan peraturan pemakanan yang betul dan kami juga sedar zaman sekarang kita mempunyai pelbagai pilihan serta peluang untuk menikmati segala makanan.Namun kami mengambil langkah untuk mencari ilmu yang boleh mengajar kami mencari makanan yang sihat dan teratur.Kita semua tahu tentang carta makanan iaitu carta pemakanan piramid namun kita selalu tidak mengikut kerana nafsu makan kita terlalu kuat untuk mengawal minda kita akibatnya badan kita yang binasa.

Di sini kami ingin berkongsi pengalaman kami dalam pemakanan yang teratur dan betul serta bagaimana kami boleh mengurangkan berat badan kami dengan senang dan juga mempunyai tenaga yang berkekalan untuk membuat ap jua kerja pada usia lewat kami iaitu lewat 40an.

Contohnya:

a) Kami dapat mengurangkan berat badan kami sehingga mencapai BMI kami dalam masa setahun.

b) Mempunyai tenaga untuk membuat kerja kerja rumah mahupun ketika memandu kereta untuk jangka masa yang panjang iaitu lebih dari 8 jam dan juga boleh mendaki gunung.

c) Boleh berjogging sehingga 3 km tanpa henti dan menaiki 13 tingkat tangga tanpa henti.( suami linda sahaja)

d) Selepas pemeriksaan kami mempunyai tahap kesihatan yang baik tanpa mempunyai 3 serangkai penyakit iaitu kecing manis,darah tinggi  dan buah pinggang.






ANDAKAH ANDA TAHU :

Statistik menunjukkan bahawa kadar kematian yang tinggi di dunia adalah daripada penyakit kronik yang sukar di ubati seperti KENCING MANIS,DARAH TINGGI ,SAKIT JANTUNG,BUAH PINGGANG DAN KANSER.Dimana kesemua penyakit penyakit ini sebenarnya berpunya daripada pemakanan kita yang tidak betul serta kurang senaman.






FOOD THAT KILLS US SLOWLY IS ,,,

a) Carbonated and energy drinks 
    - Contains large amount of concentrated sugar that can caused diabetes and cancer.

b) Processed food

    - Most of the process food are not suitable for consuming due to long expiration .

c) Fast- food 

    - Too much of consuming fast-food can causes high blood pressure and cholesterol due to high concentrated of salt,sugar and added persevative flavour.

d) Junk food

     - Too much of consuming junk food can causes allergies and skin diseases due to high concentrated of MSG and salt.








FAKTA PENTING

Tabiat pemakanan yang tidak sihat adalah .....


a) Minum air sejuk yang berlebihan.

b) Pengambilan berlebihan makanan dan minuman yang manis.
c) Pengambilan berlebihan makanan yang berminyak.
d) Pengambilan berlebihan makanan yang masam dan pedas.
e) Peraturan makanan yang tidak mengikuti masa yang sepatutnya.


Kami juga ingin memberitahu di sini bahawa hanya sekadar makan pemakanan yang betul dapat menjamin kesihatan kita malah kita harus juga mengambil langkah - langkah yang betul seperti bersenaman,bersukan atau membuat kerja -kerja yang boleh mengeluarkan peluh untuk mendapatkan kesihatan yang sihat......Simply said,










MIND OVER BODY
If you can control your mind over your body then you can achieve what you really wanted in life.





No comments:

Post a Comment