Sunday, March 10, 2019

KEPERITAN YANG MENYEDARKAN KAMI

Assalamualaikum,,dan Selamat Sejahtera.

Kami doakan anda selalu sihat dan sentiasa mengamalkan pemakanan yang betul.

Selalunya manusia tidak akan sedar kepada sesuatu kebaikkannya sehingga mereka kesakitan atau menimpa kesusahan barulah mereka akan mula sedar pada kebaikkannya.Semua orang tahu bahawa kesakitan mahupun kesusahan yang menimpa kita adalah daripada kelekaan kita sendiri kerana kita mempercayai bahawa kita masih mempunyai masa untuk berubah namun kita tidak sedar bahawa
satu -satunya perkara yang kita tidak boleh mengubah atau mengembalikan adalah MASA yang kita abaikan. 






INGAT,

Kesusahan yang menimpa kita bukanlah kerana takdir tetapi adalah daripada kemalasan dan juga tidak mempunyai kesungguhan untuk berusaha sehingga berjaya dan kesakitan yang datang kepada kita bukanlah kerana makanan tetapi daripada kecuaian kita sendiri untuk menjaga kesihatan kita.


Perkara yang sama berlaku kepada kedua dua ibu kami di mana mereka megabaikan masa dan tidak menjaga pemakanan mahupun kesihatan mereka sehingga mereka jatuh sakit dan ia membuatkan kami sedar untuk mengubah diri kita sebelum terlambat kerana kami merasai keperitan kedua dua ibu kami itu dan kami takut jika perkara yang sama berlaku kepada kami dan apa akibatnya kepada anak kami?

Keperitan inilah yang menyedarkan kami untuk mengubah diri sendiri supaya berfikiran positif dan mula mengambil langkah-langkah untuk menjaga kesihatan mahupun kewangan kami supaya kami mempunyai MASA,KESIHATAN DAN KEUPAYAAN untuk memberikan satu kehidupan yang baik dan sihat untuk kami dan anak kami.







INGAT,

Ajal datang tanpa amaran oleh itu jagalah kesihatan dan luangkan masa yang kita ada sekarang kepada keluarga tersayang sebelum kita terlambat untuk melakukannya.








Ibu saya suka makan sireh dan minuman sejuk, walaupun saya menegur tentang bahaya pada kesukaannya itu namun beliau hanya berkata biarkanlah ibu sudah tua dan janganlah merampas kegemaran ibu.Selepas sekian lama beliau mengamalkan pengambilan sireh dan juga minuman sejuk yang berlebihan .Tiba -tiba pada tahun 2004 beliau jatuh sakit kerana sesak nafas akibat paru-paru berair dan selepas 3 minggu di hospital keadaan beliau pulih selepas mendapat rawatan. Namun doktor memberitahu saya bahawa mereka dapat memulihkan ibu saya untuk sementara waktu sahaja dan tidak boleh mengubatinya.Ini kerana penyakit ibu saya berpunca daripada hatinya kerana fungsi hatinya sudah lemah akibat pengambilan sireh dengan kapur dan pinang yang berlebihan serta tidak menjaga pemakanannya.Doktor juga memberitahu bahawa ibu saya tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup kemungkinan di antara 3 hingga 5 tahun sahaja.

Pada masa itu Ibu saya hanya berusia 53 tahun,kenyataan daripada doktor tersebut membuatkan saya lemah dan takut kerana ayah saya meninggal dunia 2 tahun sebelumnya kerana sakit jantung dan saya mula binggung dan panik kerana bagaimana saya hendak memberitahu bahawa beliau hanya mempunyai masa 3 hingga 5 tahun untuk hidup.

Ibu saya memerlukan rawatan setiap 3 bulan seperti ultrasound , scope, ujian darah dan air kencing untuk memantau fungsi hatinya.Ini kerana ia tidak boleh menjalankan fungsinya seperti normal dan akibatnya ia membuatkan ibu saya mendapat ulcer,tahap dua kencing manis,kolesterol yang tinggi serta lemah jantung.

Kami selalu memujuk beliau untuk berpindah duduk bersama dengan kami di bangi supaya senang untuk kami menjaganya dan membuat rawatannya di Hospital Serdang tetapi beliau enggan kerana tidak mahu meninggalkan kampung halamannya tetapi kami sedar beliau tidak mahu menyusahkan kami dan walaupun hampir 5 tahun kami pujuk namun beliau enggan untuk berpindah.Ini membuatkan kami mengambil tindakan drastik iaitu kami meminta bantuan daripada doktor yang merawatnya di Hospitak Kuala Pilah untuk berbohong bahawa rekod perubatannya telah di pindahkan ke Hospital Serdang selama 3 bulan sahaja untuk mendapatkan rawatan yang lebih bagus kerana Hospital Serdang mempunyai kelengkapan terkini untuk mengubati sakitnya.

Ibu saya pun bersetuju dengan syarat hanya untuk 3 bulan sahaja dan kami mula membuat persiapan yang lain supaya ibu terus menetap dengan kami.Langkah -Langkah yang kami ambil untuk memastikan supaya Ibu ingin terus tinggal dengan kami iaitu :

1. Membawa sekali 2 orang adik bungsu saya untuk tinggal bersama dengan kami serta mencarikan kerja untuk mereka.

2, Memasang Astro channel drama tamil yang mempunyai beribu episod kerana Ibu saya gila TV.

3. Tidak perlu membuat apa-apa kerja hanya makan,tengok TV dan tidur.

4. Selalu membawa kedua dua ibu keluar bercuti.

5. Membawa ibu ke salon rambut ,spa,menonton wayang dan bermacam -macam lagi untuk menghilangkan rasa rindunya di kampung halaman.

6. Memasak makanan kegemarannya selalu.


Selepas 3 bulan,Ibu ingin terus tinggal bersama dengan kami kerana beliau merasa selesa dan tenang biasalah rambut putih dulu kini sudah jadi hitam,perut buncit sudah menurun,mata dah terang,kaki tidak sakit lagi terutamanya sekali boleh tengok TV tanpa gangguan.Dan barulah kami mengambil langkah seterusnya iaitu mengawal pemakanan ibu serta ketagihan beliau dengan sireh seperti :


1.Menukar pinang yang pahit sebelum ini kepada pinang yang manis dengan kuantiti yang kecil dan menghentikan pengambilan kapur serta mengawal kadar minuman sejuk.

2. Memberi air mineral yang beralkali tinggi selama 6 bulan berturut turut untuk mencuci perutnya serta melaraskan pengaliran darahnya.

3. Memberi makanan yang tidak berminyak ,pedas,manis,dan masam serta mengikut waktu.

4. Setiap petang membawa Ibu ke taman untuk berkenalan dengan orang lain sambil bersenam seperti berjalan kaki dan mengerakkan anggota -anggota badan seperti Tai Chi.

5. Memastikan pengambilan ubat ubat mengikut waktu yang sepatutnya.


Alhamdullillah ,selepas 6 bulan doktor menyatakan bahawa ibu tidak mempunyai kesan kesan yang boleh menyebabkan penyakit seperti kencing manis,darah tinggi dan buah pinggang.Walaupun hatinya masih lemah tetapi doktor juga memberitahu bahawa ibu saya sekarang mempunyai kekuatan  ( tenaga)  dan semangat untuk bertahan lebih dari 5 tahun lagi.Kini sudah hampir 10 tahun dan Ibu saya masih kuat lagi tetapi bagi Ibu mertua saya ,kami tidak mempunyai rezeki untuk membantunya walaupun kami mencuba sedaya upaya untuk menjaganya namun kami gagal.






( She is the best mother in law a son could have,and regret that I fail my duty as a son to help her. )









ALWAYS REMEMBER,

As we grow older we will lose our strength to do anything in life 
                                             BUT
As we grow older we will gain more wisdom to change anything in life.






INGAT,


Jika kita banyak bersabar maka kita akan banyak belajar.
Jika kita banyak bersyukur maka kita akan banyak tenang.
Jika kita banyak memberi maka kita akan banyak mendapat.
                                             DAN
Jika kita banyak berusaha maka kita akan capai apa yang kita idamkan 
untuk diri dan keluarga kita.








THOUGHTS FOR THE WEEK

It is not what we wanted in life that matters 
But 
It is what we already have in life that matters the most.




Next update 13th March 2019
( Topic : WHAT IS PARENTING )

No comments:

Post a Comment