Saturday, March 30, 2019

WHAT IS MORE IMPORTANT HEALTH OR MONEY ?

Assalamualaikum... 

Berakhir sudah bulan Mar 2019. Kami doakan kepada semua pembaca setia blog kami sentiasa sihat dan  maju dalam kerjaya,,,





*** Marilah kita sedar sebelum kita di sedarkan oleh penyakit yang sukar di ubati,,,

Hampir 80% penduduk di dunia ini lebih mementingkan wang ringgit daripada kesihatan mereka.Ini kerana kita di besarkan dalam satu kehidupan atau suasana dimana wang ringgit sangat penting dalam kehidupan harian.

Zaman sekarang,tanpa wang kita akan buntu haluan dalam hidup kita kerana kita akan mendapat banyak kesukaran dan kesusahan kerana tidak mampu menanggung segala keperluan asas dalam hidup kita walaupun kita sedar bahawa wang ringgit bukan segalanya dalam hidup namun ia memainkan peranan penting dalam perjalanan hidup kita.





ANDAKAH ANDA TAHU ?

Zaman sekarang kos perubatan dan pembiayaan pendidikan adalah mahal malah ia lebih mahal daripada harga rumah yang kita duduki sekarang.

Kehidupan manusia sekarang jauh lebih berbeza daripada kehidupan orang tua kita dulu.Ini kerana orang tua kita lebih mengutamakan keperluan asas daripada kehendak mereka seperti :

1. Tempat berteduh ( rumah )
2. Makanan 
3. Pakaian

Walaupun pendidikan penting pada masa itu namun sebahagian daripada mereka tidak mampu untuk memberikannya kerana ia memerlukan  lebih masa dan usaha daripada mereka untuk memberikan pendidikan tersebut.Ini kerana pada masa itu sekolah hanya ada beberapa sahaja malah jauh dari rumah mereka dimana pengangkutan awam pun kurang dan kebanyakkan daripada mereka pada masa itu hanya berjalan kaki sahaja.Bayangkan betapa susahnya orang tua kita membesarkan dan memberikan pendidikan kepada kita pada masa itu.






ADAKAH ANDA TAHU ?

Zaman dahulu, manusia jarang sakit atau mempunyai penyakit-penyakit kronik berbanding dengan zaman sekarang.Ini kerana mereka berkerja siang hingga malam dan ada juga sebahagian perkerjaan mereka adalah satu perkerjaan yang berat atau dalam erti kata yang lain iaitu berkerja di luar seperti bertani,nelayan ,buruh am,kontraktor dan sebagainya.Dimana perkerjaan ini memerlukan banyak tenaga dan ia juga mengeluarkan peluh,Ini yang membuatkan mereka sentiasa aktif dan cergas serta sihat dan pada masa itu pemakanan mereka adalah satu pemakanan yang baik kerana kebanyakkannya adalah dari hasil tanaman dan ternakkan sendiri .

Apakah yang menyebabkan kita mempunyai pelbagai penyakit sekarang berbanding dahulu,boleh dikatakan pada masa itu ibubapa kita mungkin tidak pernah dengar atau tahu tentang adanya penyakit seperti kencing manis,darah tinggi,sakit jantung ,buah pinggang rosak,jantung berlubang,kanser,gout atau sebagainya.

JAWAPANNYA ,adalah daripada pemakanan kita yang tidak betul serta kecuaian kita untuk menjaga kesihatan kita,boleh di katakan kita telah dikaburkan bahawa keinginan untuk memiliki segalanya kehendak adalah jauh lebih penting daripada  kesihatan kita dalam hidup ini.


Kebanyakkan daripada kita masih mempercayai bahawa kita mempunyai MASA untuk segalanya namun demikian kita sebenarnya tidak mempunyai banyak MASA itu untuk membuat segalanya.Ini kerana kita leka dalam pengurusan MASA dan juga tidak menghiraukan kepentingannya dan hanya sedar apabila kita kehilangannya. 






ADAKAH ANDA TAHU ?

Jika kita pandai menguruskan masa maka secara tidak langsung kita mempunyai kelebihan untuk melakukan apa sahaja dalam dunia ini untuk mengubah hidup kita sekarang kepada satu kehidupan yang kita idamkan.






DO YOU KNOW ?

90% of the wealth in the world is controlled by 10% of the population that means 90% of the world population is working and contributing their wealth to the 10% of the population.
This is because,90% of the world population is working for the MONEY and the 10% of the world population make their MONEY work for them.

ADAKAH ANDA DARIPADA GOLONGAN 90% ATAU 10 % PENDUDUK DI DUNIA INI ?






INGAT ,

Penyakit datang apabila kita leka dalam pemakanan kita dan tidak melakukan apa-apa atau mengambil tindakan untuk mengelakkannya .Oleh itu marilah kita menjaga kesihatan kita sekarang sebelum terlambat atau gagal untuk mengubatinya kelak nanti.

Manusia hanya sedar kepada kebaikannya apabila mereka menimpa kesakitan atau kesusahan.Ini kerana hanya pada masa itu mereka sedar kenapa kita tidak mengambil langkah-langkah untuk menjaga kesihatan dan selalunya manusia lupa bahawa apabila mereka sihat,kita sebenarnya mempunyai MASA untuk mencari ILMU yang boleh membantu kita menjana pendapatan sampingan dan juga mempunyai kelebihan untuk membuatkan pendapatan itu berkerja untuk kita di masa yang akan datang.

Anda semua tahu,perjalanan hidup saya dimana saya yang menjadi katak di bawah tempurung boleh mengubah hidup saya daripada zero ke hero,namun saya leka dan lupa diri tentang matlamat kehidupan saya dan akhirnya jatuh  dari hero ke zero semula.Namun saya bersyukur kerana Allah  S.W.T telah menyedarkan kami melalui kedua dua ibu dan anak kami ,bahawa kesihatan dan kasih sayang adalah jauh lebih penting dari wang ringgit malah mengingatkan kami bahawa MASA yang 
dipinjamkan oleh Allah S.W.T kepada kami hanya sementara sahaja.Kami mula sedar apa yang kami  mahukan dalam hidup ini dan kami mula mencari ilmu untuk menjaga kesihatan dan juga belajar tentang kewangan dan bagaimana ia boleh membantu kami untuk mendapatkan satu kehidupan yang kami idamkan untuk anak dan keluarga.






ADAKAH ANDA TAHU,?

Bagaimana seseorang itu yang tidak mempunyai pendidikan mahupun kewangan boleh mencapai kejayaan dalam hidup mereka.Ini kerana apabila seseorang itu mempunyai kesihatan yang baik mereka mempunyai satu tahap pemikiran yang tajam untuk menilai dan memproses serta menguruskan masa yang ada untuk mencari ilmu-ilmu yang boleh membantu mereka untuk:

- Mempuyai kesabaran dalam semua perkara
- Memperolehi kemahiran-kemahiran yang lain.
- Mendapatkan pengalaman supaya bangkit semula jika gagal.

Itulah yang membuatkan mereka berjaya dalam hidup,Oleh itu marilah kita sedar sekarang untuk menjaga kesihatan kita demi anak dan keluarga tersayang serta masih mempunyai MASA untuk mendapatkan satu kehidupan untuk mereka.






INGAT,

Semua penyakit datang kerana makanan dan kerana makanan juga kita boleh mengelakkan semua penyakit tersebut.





REMEMBER,

The TIME  that you have now is more important to do what you want rather than the TIME that you seek to do what you wanted in life .








THOUGHTS FOR THE WEEK

As every year that we pass through in our life we gain knowledge,memories,happiness,sadness,success or failure,so let us be strong and prepare for the coming year because it will be much harder than the previous year
REMEMBER
Our life is like one way street we can only look back but we can't go back so cherish the good and leave the bad behind.
MAY ALLAH BLESS US ALL.







Anda susah untuk mengawal nafsu makan  dan sering mengalami masalah sembelit ,kami dapat membantu anda !!!! dapatkan set combo lengkap DATO ALIFF SYUKRI ...

***BIZZI BODDY

***BIZZI FLUSH
***BIZZI BODDY CONTOUR CREAM




KAMI JUGA PENGGUNA PRODUK DATO ALIFF SYUKRI DAN KAMI YAKIN KEBERKESANNYA DENGAN PEMAKANAN YANG SIHAT DAPAT MEMBANTU ANDA MEREALISASIKAN IMPIAN ANDA UNTUK KURUS DAN SIHAT BERSAMA BIZZI BODDY COMBO SET INI.

CALL US NOW !!!
016-6363225 PN LINDA.



No comments:

Post a Comment