Monday, March 4, 2019

WHY BABIES ARE SMARTER NOW ( BHG 2 )


Assalamualaikum dan selamat sejahtera ,
kami harap anda semua sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga.

ADA 3 FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN ANAKKITA BIJAK ZAMAN SEKARANG IAITU:










 FAKTOR YANG PERTAMA   -Pregnancy/ semasa mengandung
Semasa kita mengandung dengan anakkita selama 9 bulan kita jumpa doktor sebanyak 12 kali-Betul tak?
Semester pertama (1-3 Bln) sekali sebulan
Semester kedua      (3-6 Bln)sekali sebulan
Semester ketiga      (6-9 Bln ) 2 kali sebulan
* Cuba kita tanya emak kita bila dia mengandung dengan kita dulu berapa kali dia jumpa doktor ?
Selalunya jawapan mereka adalah,
Kalau tinggal di pekan mungkin 2-3 kali sepanjang 9 bulan dan bagi mereka yang  tinggal di kampung mungkin sekali atau kemungkinan besar mereka akan  gunting tali pusat anakkita dengan bantuan bidan kampung.
Sebelum anakkita lahir di dunia ini ,kita dah mula menjaga dengan penuh kasih sayang dan perihatin supaya anakkita lahir dalam keadaan sihat dan sempurna seperti menjaga kesihatan kita dengan senaman,makanan yang berkhasiat dan mengambil ubat seperti Asid Folik,obimin dan lain lain untuk menjaga kandungan anakkita supaya mereka membesar dengan sihat dan lahir tanpa sebarang masalah.

*Cuba tanya emak kita dulu macammana dia menjaga kita semasa dalam kandungan? sebenarnya mereka makan apa sahaja yang ada di depan mata mereka,SLOGAN MEREKA makan dulu belakang cerita
Zaman sekarang saintis memberitahu bahawa kita boleh mengajar anakkita dalam kandungan 6 bulan ke atas ( memang benar ) tetapi kita lupa atau tidak sedar sedangkan dalam  Al-Quran mengatakan kita boleh mengajar anakkita dalam kandungan 6bulan 10hari keatas,ini kerana anakkita sudah boleh mendengar suara Ibu dan Ayah.
Masa ini sangat sesuai untuk kita memainkan CD/Kaset seperti mengaji Al-Quran ,Al-Fatihah dan Doa Doa Qunut bagi orang yang beragama Islam dan bagi mereka yang bukan beragama Islam kita boleh memainkan  Classical Music seperti Mozart Beethovan,kerana ia merangsangkan sel sel otak anakkita untuk berkembang dengan aktif dan ia juga membuat jiwa anakkita tenang semasa dia membesar dalam kandungan.

*Cuba tanya emak kita ada tak dia mengajar kita dalam kandungan  dulu ?
Jawapan mereka,-Apa kau merepek ni ,engkau masih dalam perut lagi kalau keluar pun bukannya boleh bercakap dan inilah jawapan yang mereka berikan apabila saya tanya mak dan mak  mertua saya mereka kata saya GILA.





FAKTOR YANG KEDUA   –Food/Makan   -susu Ibu dan susu Tambahan
1.     Susu ibu adalah makanan yang paling baik untuk anakkita kerana ia bukan sahaja membina tumbesaran mereka malah ia membina Imune System yang kuat dan otak yang cekal untuk anakkita.Selepas susu Ibu kita selalunya memberi  susu tambahan untuk tumbesaran otak yang bagus dan sihat.Zaman sekarang susu tambahan yang ada di pasaran mahupun yang murah sudah mengandungi sebanyak 24 Vitamins untuk anakkita supaya membesar sihat dan kuat.

*Cuba kita tanya emak kita dulu selepas susu Ibu susu apa yang kita minum dulu?
Biasanya bagi mereka yang tinggal dipekan dulu ada susu tambahan dua atau tiga jenis sahaja dan mengandungi kurang daripada 10Vitamins,kalau di Kampung pula kita diberi TEH-O atau KOPI-O je selepas susu Ibu bagi mereka yang tidak mampu beli susu tin.
Kesimpulan    -Zaman sekarang anakkita mendapat segala khasiatnya daripada kesemua vitamin untuk tumbesaran dan otak yang sihat dalam susu sahaja,belum lagi makanan pejal.

      2. Makanan Pejal, zaman sekarang makanan pejal anakkita di permudahkan dengan begitu senang sekali seperti NESTUM(,NASI,BUAHAN,SAYURAN,IKAN BILIS) atau BISKUT,CHEESE,dan sebagainya untuk anakkita yang berumur  6 bulan ke atas dan mempunyai bermacam macam vitamin yang bagus untuk tumbesaran mereka.Kalau boleh kita juga menyediakan makanan pejal untuk anakkita dirumah dengan menggunakan bahan bahan yang segar untuk kesihatan yang bagus.
kalau di kampung pula kita diberi bubur nasi dengan kicap manis memang sedap dimakan tiga mangkuk pun boleh habis tapi kenyang masuk perut je tanpa apa apa khasiat.


ANDA TAHU TAK ,
  -Bahan bahan tambahan perisa seperti GULA/GARAM/KICAP tidak digalakkan untuk anakkita yang berumur 2 tahun ke bawah kerana ia boleh melemahkan IMMUNE SYSTEM mereka dan tidak berupaya untuk melawan sebarang sakit atau penyakit.






FAKTOR YANG KETIGA  -Exposure/pendedahan
Zaman sekarang anakkita didedahkan dalam segala bentuk pelajaran/objek/tempat dan suasana yang sangat berbeza daripada zaman kita dulu seperti  TV/ASTRO/INTERNET/SHOPPING MALL/HANDPHONE/PLAYSTATION GAME dan banyak lagi.Tanpa kita mengajar, anakkita boleh mengenali semua benda yang ada di sekeliling mereka.Contoh anakkita yang berumur 3 tahun nak makan ayam goreng dia minta KFC,kita dulu makan ayam goreng yang jual atas lori di pasar malam je malah pandai ON TV dan Astro.


TRY THIS,
Cuba bawa anakkita yang berumur 5 tahun ke taman dan jangan pakaikan apa apa walaupun diaper dalam keadaan bogel ,anakkita tidak mahu keluar dari rumah kerana mereka sudah faham dan tahu MALU.kalau kita dulu dikampung umur 5 tahun pun masih lari separuh bogel lagi tak percaya ? tanya emak kita.




Dunia sekarang ini makin lama makin bertambah moden dan kita sebagai Ibubapa harus mengikuti perubahan ini supaya kita bersedia dan berilmu untuk membantu mereka. 




INGAT,
Tidak semestinya anakkita pandai dalam sesuatu perkara bermaksud mereka akan berjaya kelak nanti kerana seseorang yang berjaya dalam hidup sebenarnya mempunyai nilai-nilai yang murni dalam diri mereka dimana mereka belajar daripada Ibubapa mereka iaitu bertanggungjawab ,berbelas kasihan, bertolak ansur, jujur serta tidak berputus asa. Dan nilai yang murni inilah yang menentukan seseorang itu berjaya dalam hidup mereka.





MINI DATA,
Walaupun anakkita mempunyai kelemahan pada sesuatu perkara ,kita sebagai Ibubapa sepatutnya membantu mereka untuk mengatasinya dan bukan hanya menegur sahaja setiap masa.Dan jika anakkita mempunyai sesuatu minat selain daripada membaca seperti  suka melukis,mewarna, bersukan, menari, menyanyi dan suka bermain dengan komputer atau sebagainya, Kita sebagai Ibubapa harus memberi galakkan kepada anakkita kerana hobi anakkita hari ini mungkin satu hari nanti akan menjadi satu kemahiran kepada mereka yang akan memberi satu ganjaran yang lebih baik.Kita harus sedar dan faham bahawa galakkan yang kita berikan serta pendirian kita untuk mempunyai fikiran terbuka dengan anakkita akan memberi satu keyakinan dalam diri mereka untuk mencuba melakukan yang terbaik dan tidak sama sekali ingin mahu menghampakan kita kerana kita mempercayai mereka dan itulah setiap anakkita mahukan daripada Ibubapa mereka.




Thoughts for the week
“Our greatest treasure is our sweetest memories that we had with our kids”
REMEMBER
   cherish them with all your love today because they will be young only once in our life


Next update 7th March 2019 
Topic : Anakkita Homestay.


No comments:

Post a Comment