Monday, March 25, 2019

WHY ENGLISH IS IMPORTANT


Assalamualaikum , Selamat sejahtera dan jutaan terima kasih kepada yang setia mengikuti blog kami.




Kenapa Bahasa Inggeris sangat penting dalam dunia sekarang ?


1.   Kerana ia adalah Bahasa Antarabangsa (bahasa pengantaran)sebab tak kira kita berada di Negara mana pun kita boleh berkomunikasi antara satu sama lain.
2.   Kerana ia adalah Bahasa dunia perniagaan sekarang.
3.   Kerana ia adalah Bahasa pendidikan tinggi untuk semua jenis jurusan ijazah.
4.   Sebanyak 80% buku yang diterbitkan di dunia adalah dalam bahasa inggeris seperti buku membina diri dan pengetahuan am untuk kita membaca.


Fakta penting walaupun Bahasa Inggeris penting namun kita masih mengutamakan bahasa kita iaitu Bahasa Malaysia.





DO YOU KNOW ?

Bahasa yang paling mudah untuk kita belajar adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris kerana kedua dua bahasa ini cuma ada 26 ABJAD JE!!!!!
Cuba bayangkan seorang dari Pakistan datang ke Malaysia berkerja kat Restoren dalam masa 3 bulan dia boleh bertutur Bahasa Malaysia dengan baik.Kalau kita pergi ke Negara Pakistan dan berkerja selama 3 tahun pun belum tentu kita boleh bertutur bahasa Negara itu.

Bagaimana caranya untuk kita mengajar anak kita Bahasa Inggeris?
Jawapannya senang sekali JANGAN AJAR (pelik tapi benar )

Zaman sekarang kebanyakkannya Ibubapa sibuk berkerja mencari rezeki dan tidak ada masa untuk mengajar anak kita di sebabkan  itu kita menghantar anak kita ke Tasaka sebelum ke Tadika kemudian kesekolah supaya mereka boleh mengajar anak kita.Sebenarnaya anak kita belajar bahasa daripada kita dengan cara melihat dan mendengar apa yang kita buat dan bercakap.






Caranya- MONKEY SEE MONKEY DO

Apa yang kita buat anak kita buat yang sama apa yang kita belajar anak kita pun belajar yang sama dengan menggunakan kemudahan yang sedia ada seperti TV.
Contoh kita beli satu VCD/DVD pelajaran kita balik rumah dan kita katakan kat anak kita Ayah nak menonton VCD ini adik jangan menonton ye,adik pergilah main kat luar ok,so apa anak kita buat?dia pun nak menonton VCD itu bersama kita so bila kita menonton VCD tersebut bersama dengan anak kita selama 6 hari berturut turut .(kalau boleh 2 atau 3 kali sehari waktu balik dari kerja selepas makan malam dan sebelum tidur )pada hari ke tujuh iaitu hari Ahad kita ambil buku Vcd yang kita tonton dan kita kata kat anak kita Ayah ada satu buku istimewa so Ayah nak baca adik jangan kacau ya adik pergi tonton TV,Apa anak kita akan buat ?dia akan datang dan duduk bersama kita untuk belajar sekali.


Contoh – DVD +BUKU ABJAD

Bila kita membaca buku abjad A sehingga Z( dimana kita menonton dvd Abjad dengan anak kita)selama 6 hari lepas tiba tiba kita berhenti kat huruf “D” dan kita buat seperti kita tidak tahu huruf ini sambil garu kepala,then anak kita akan menjawab Ayah itu “D”.
Bayangkan betapa senangnya anak kita belajar huruf “D” ini tanpa kita mengajar hanya daripada melihat dan mendengar dalam masa 7 hari sahaja.


Ingat  -MONKEY SEE MONKEY DO

Bila kita cakap jangan pergi anak kita akan pergi
Bila kita cakap jangan buat anak kita akan buat
Bila kita cakap jangan menonton anak kita akan menoton

Semasa menonton DVD pelajaran bersama dengan anak kita apabila dia tak faham dia boleh tanya kat kita sebab kita ada di sebelah dia menonton sekali walaupun hanya 5 minit kita menonton anak kita bukan saja belajar malah kita merapatkan lagi silatulrahim 
( bonding ) dengan anakkita dan ini memberi keyakinan pada anakkita walaupun apa terjadi Ayah dan Ibu sentiasa ada disisi dia.

Cuba fikir  – 
Bila kita tidak menonton bersama boleh tak anakkita tanya kat TV bila dia tak faham ?
Saya sentiasa menyeru Ibubapa supaya luangkan masa untuk anakkita kerana kita adalah,

1.Ibubapa yang pertama untuk anakkita.
2.Kawan yang pertama untuk anakkita.
3.Barang mainan yang pertama untuk anakkita.
4.Guru yang pertama untuk anak kita belajar  erti kehidupan seperti kasih sayang,hormat,cinta,bertolak ansur,bersyukur,jujur,bertanggungjawab,menolong antara satu sama lain dan banyak lagi.  



THOUGHTS FOR THE WEEK

“A Lasting relationship ( bonding ) with our kids starts with a honest expression “
so tell them how much they meant to you today.


Next update  28th March 2019

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete