Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Kita ini di ibaratkan seperti cermin untuk anakkita.Bila kita senyum depan cermin, kita nampak muka kita bersenyum sama dengan anakkita,bila kita berkelakuan baik anakkita akan ikut juga kelakuan yang baik itu dan,apabila kita buat benda yang tak baik anakkita pun ikut sama.
Kita ini di ibaratkan seperti cermin untuk anakkita.Bila kita senyum depan cermin, kita nampak muka kita bersenyum sama dengan anakkita,bila kita berkelakuan baik anakkita akan ikut juga kelakuan yang baik itu dan,apabila kita buat benda yang tak baik anakkita pun ikut sama.
FAKTA
Kejayaan seorang anak datang daripada keluarga yang baik, penyayang dan bahagia BUKAN dari susu tin yang mahal,sekolah swasta,buku yang mahal ataupun pusat tuisyen.
Anak yang riang dan bahagia selalu berjaya dalam hidup mereka walaupun mereka datang daripada keluarga sederhana atau miskin kerana mereka bersyukur apa yang mereka ada dalam hidup mereka.
Contoh : Zaman dulu, orang kampung selepas susu ibu mereka minum TEH-O atau makan bubur nasi dengan kicap pun boleh jadi DOKTOR,PEGUAM, DAN CIKGU Betul tak !
Untuk menjadi seorang ibubapa berjaya dalam hidup anakkita kita seharusnya menjadi sahabat baik dia dan mesti mempunyai 3 perkara paling penting dalam hidup kita iaitu :
A) MASA/ TIME – kualiti bukan kuantiti
Ibubapa yang meluangkan masa hanya 5 minit untuk berbual atau mengajar ilmu akhirat dan dunia adalah lebih bagus daripada ibubapa yang meluangkan masa 24 jam tanpa mengajar apa apa,walaupun hanya 5 minit kita meluangkan masa (quality time ) bersama anakkita dalam seminggu ia membawa banyak perubahan bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam hidup anakkita juga.
B) USAHA/EFFORT - Mencari masa untuk bersama dengan anakkita.
Tidak kira kita sibuk macammana pun namun kita mesti usaha untuk mencari masa walaupun hanya 5 minit dalam seminggu sudah mencukupi untuk anakkita.
Contoh : Walaupun kita hanya dapat mengajar huruf “ A “ sahaja dalam seminggu sudah kira bagus kerana itu adalah usaha dan tanpa usaha kita tidak akan berjaya dalam hidup kita,dan ia sangat bermakna untuk anakkita kerana anakkita tahu walaupun kita sibuk,tetapi kita masih mengutamakan mereka.Kalau boleh gunakan magic words kepada anakkita seperti I Love You, I Miss You,I am Sorry and We Always Be There for You,dan Thank You. Untuk merapatkan lagi sillaturahim kita (Bonding ) .
C ) KESABARAN/PATIENCE – Kesabaran adalah separuh daripada iman kita ,tanpa kesabaran manusia tidak akan mencapai apa-apa,Kesabaran adalah kunci utama untuk menjadi seorang ibubapa yang berjaya kerana tanpa kesabaran kita tidak ada masa atau usaha untuk mengajar anakkita.
Anakkita mempunyai tahap kesabaran yang paling tinggi kerana dia mengambil masa 2 tahun untuk belajar bercakap.selepas dia lahir,cuba bayangkan kalau anakkita berumur 2 bulan boleh bercakap “ Daddy saya nak buku Doremon” kita mungkin dah masuk ICU
( Intensive care unit ) kerana koma terkejut.
( Intensive care unit ) kerana koma terkejut.
THE MORE YOU TALK – THE MORE THEY SAY
THE MORE YOU SHOW – THE MORE THEY SEE
THE MORE YOU TEACH – THE MORE THEY LEARN
DO YOU KNOW ?
Pekerjaan yang paling susah dan berat di dunia adalah untuk menjadi seorang ibubapa kerana ;
1) Kita tidak boleh dapat kelulusan ijazah daripada mana-mana universiti untuk
menjadi ibubapa yang baik ( memang tak ada pun )
menjadi ibubapa yang baik ( memang tak ada pun )
2) Terpaksa kerja siang dan malam siap dengan overtime 24jam x 365 hari x seumur hidup.
3) Terpaksa tanggung sendiri segala perbelanjaan dan juga kesusahan.
4) Tiada gaji bulanan atau bonus tahunan Cuma dapat tension dan migraine.
5) Pengalaman tidak diperlukan kerana terpaksa belajar sendiri daripada kesilapan.
6) Tiada pencen atau EPF
Apakah ganjaran kita ?
Bila anakkita dewasa nanti dan menjadi seorang insan yang baik dan berjaya dalam hidup dia,itulah ganjaran kita kerana penat lelah kita berhasil setelah sekian lama dan selepas anakkita kahwin kita dapat pangkat terhormat iaitu gelaran datuk dan nenek daripada anakkita.
Datuk dan nenek ( emak ayah kita ) suka memanjakan cucu mereka denagn barang mainan,makanan manis,walaupun mereka nakal.Kadang-kadang mereka suka beritahu perangai buruk kita sewaktu kecil dulu.Selalunya nenek yang buat perkara ini
(biasalah orang perempuan suka borak ) seperti
(biasalah orang perempuan suka borak ) seperti
Dulu Ayah engkau dah besar umur 10 tahun pun masih kencing malam kat tilam tak pandai brek atau dulu emak engkau lagi best,bila dia ketawa dia kentut ,asyik je ketawa dia kentut.
Kenapa ibubapa kita suka manjakan cucu mereka ini kerana ibubapa kita ingat dan rindu pada kenangan manis pahit semasa mereka membesarkan kita dahulu,seperti mereka tidak dapat memberi perhatian penuh kepada kita kerana mereka sibuk atau mereka tidak memberi barang mainan untuk kita kerana mereka tidak mampu masa itu.Oleh sebab inilah mereka memanjakan cucu mereka dan sebenarnya mereka mencurahkan rasa kasih sayang mereka kepada kita melalui anakkita (cucu mereka ).Kerana mereka ingin menebus kembali masa indah ,dimana mereka tidak dapat meluangkan kepada kita dahulu dengan menjaga anakkita.Dengan cara ini mereka rasa dapat menebus dosa atau kesilapan mereka terhadap kita.
NASIHAT ,
Tidak ada seorang manusia di dunia ini yang sempurna oleh itu maafkan kesilapan ibubapa kita dan jagalah mereka selagi mereka masih hidup kerana pintu syurga terletak di tapak kaki ibu kita.
INGAT ,
Seorang ibubapa boleh menjaga 10 orang anak ,tetapi seorang anak tidak semestinya boleh menjaga seorang ibu dan bapa oleh itu “ hormati dan sayangi anakkita supaya kita dihormati dan disayangi di kemudian hari nanti”.Suatu hari nanti kita akan jadi datuk dan nenek mungkin 20 tahun atau 30 tahun dari sekarang dan kita akan buat benda yang sama kepada cucu kita nanti sebab,
Seorang ibubapa boleh menjaga 10 orang anak ,tetapi seorang anak tidak semestinya boleh menjaga seorang ibu dan bapa oleh itu “ hormati dan sayangi anakkita supaya kita dihormati dan disayangi di kemudian hari nanti”.Suatu hari nanti kita akan jadi datuk dan nenek mungkin 20 tahun atau 30 tahun dari sekarang dan kita akan buat benda yang sama kepada cucu kita nanti sebab,
“Life is full of ups and down and the world is round,
what goes up must come down when we are around “
Apa yang kita buat hari ini sama ada baik atau buruk suatu hari nanti kita akan dapat balasannya melalui anakkita ( baik atau buruk ) Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Maksudnya, bila rebung masih muda kita boleh memotongnya dengan senang ,sama seperti minda anakkita kerana ia masih muda dan kosong untuk kita mengajar atau mengisi dengan senang segala ilmu akhirat dan dunia, anak kita akan menerima semua ilmu tanpa mengeluh atau marah kerana kita adalah guru pertama anakkita ( 7 tahun kebawah ) kalau merajuk pun,bagi satu aiskrim dalam masa 7 minit mereka dah maafkan kita.
Bila rebung menjadi buluh,ia susah sikit untuk memotongnya sama seperti anakkita yang dewasa kerana mereka sudah ada minat dan citarasa tersendiri dan memang sukar untuk kita mengajar atau menegur ( 7 tahun keatas ).kalau merajuk kita bagi satu lori aiskrim selama 7 hari pun belum tentu mereka akan maafkan kita.Itulah erti hidup sebenar kita.
MINI DATA ,
Perasaan seorang anak yang berumur 6 tahun adalah sama dengan seorang yang berumur 60 tahun kerana masing-masing inginkan perhatian dan kasih sayang daripada kita,malah cepat merajuk dan cepat marah kalau tidak dapat apa yang mereka nak daripada kita.Oleh itu berikanlah kasih sayang dan perhatian anda kepada anakkita supaya kita mendapat kasih sayang dan perhatian anakkita sewaktu kita berumur 60 tahun nanti.
THOUGHTS FOR THE WEEK
“To be parents it is not easy but once you became a parent, it is not difficult either”
remember
nobody is perfect
nobody is perfect
Next update : 15th March 2019
( Topic : Healthy lifestyle )












This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete